Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Khamis, 7 April 2011

YANG TERTUTUP ITU INDAH

Ketika orang bertanya kepada ku “ mengapa kakak pakai tudung labuh?” soalan ini sudah banyak kali diajukan oleh remaja kepadaku..anak  saudaraku yang sedang meniti remaja kini turut bertanya…Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakakku bertudung labuh. Kufahami, remaja-remaja kini sedang mencari cari identiti diri. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya banyak menghiasi wanita-wanita yang berakhlak mulia yang ku kenali..Kakak-kakakku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh hingga aku mendisplinkan diriku juga untuk  menjadi seperti mereka…walaupun aku turut mengenali kawan-kawanku yang bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih ingin menemui keindahan jiwanya , untuk menjadi yang lebih baik. Hari ini , aku memilih busana ini untuk ku pakai kerana ku yakini ianya lebih istimewa pada pandanganNya.

Ketika ku bertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang ku terima “YANG TERTUTUP ITU INDAH” jawapan yang membawaku  mengkaji surah al ahzab ayat 59 yang bermaksud “ wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu , anak-anakmu  perempuanmu , dan isteri-isteri orang mukmin , hendaklah  melabuhkan jilbab mereka keseluruh badan mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah di kenali sebagai wanita yang baik agar mereka tidak di ganggu.

Apabila di fikir dan direnungkan balik firman Allah s.w.t itu, banyaknya hikmah dan faedah  yang tersirat dan tersurat di sebalik suruhannya itu…sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampul seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita yang hanya di pinjamkan oleh Allah sementara sahaja di dunia ini takkan ia tiada sampulnya? Ku lihat jua kulit bukuku yang bersampul indah lebih terjaga berbanding dengan kulit bukuku yang tidak bersampul…Ku perhatikan jua langsir yang cantik menghiasi pintu dan tingkap….Ku perhatikan kain yang mengalas meja dan perabot…..BENAR! YANG TERTUTUP ITU INDAH SEBENARNYA….Begitu juga cara Allah menghargai  keindahan kaum wanita dengan menggariskan perbatasan aurat….Agar keindahan itu hanya di nikmati oleh insan yang berhak sahaja…Bukannya di nikmati  oleh pandangan-pandangan yang tidak berhak ke atasnya…Wahai semua wanita…moga kita bersama-sama menjaga anugerah yang di kurniakan oleh Allah kepada kita dengan sebaik- baiknya…

Tiada ulasan: