Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Khamis, 7 April 2011

Dakwah yang berkesan



Seorang "salesman" perlukan penampilan diri yang meyakinkan pelanggan. Wajahnya mesti sentiasa ceria, berpakaian kemas dan percakapannya mesti sentiasa bernada positif, menarik dan memberangsangkan. Dalam menggambarkan produk yang hendak ditawarkan kepada pelanggan, tidak cukup sekadar menyebut
keistimewaannya secara umum sahaja. Misalnya, tidak cukup sekadar menyebut kereta ini baik, bagus, selesa dan tahan lasak. Dia perlu menyebutnya secara yang lebih spesifik.
Umpamanya kereta ini baik dan sesuai untuk mereka yang suka berlumba di jalanraya. Atau kereta ini selesa untuk orang yang gemuk dan kuat tidur. Atau kereta jenis ini tahan lasak dan kalau jatuh gaung pun penumpangnya boleh selamat. Atau kalau pengguna itu agak masih remaja maka dikatakan kereta ini sangat sesuai untuk berlagak dan mengorat. Penjelasan dari jurujual ini meresap ke dalam diri sehingga pelanggan
merasakan seolah-olah produk yang ditawarkan itu dia punya dan dirasai paling sesuai dengan dirinya. Dan sememangnya "salesman" membuat "approach" sesuai dengan status, kedudukan, keinginan dan citarasa pelanggan.Lain orang berbeza pula citarasanya.
Di sinilah pula kelebihannya bagi seorang "salesman" yang mampu mengenal perbezaan citarasa setiap pelanggan yang berlainan. Riak dan mimik muka pelanggan sentiasa diperhatikan perkembangannya dari detik ke detik. Kerana mimik muka pelanggan itumerupakan sebagai isyarat tahap peratusan penerimaannya. Sekiranya masih belum menunjukkan sebarang "response" terpaksalah disuntik dengan berbagai "ubat" perangsang keinginan.

Bagi seorang pendakwah perwatakan di atas memang perlu dimiliki. Malah lebih dari itu kerana seorang pendakwah produknya adalah wahyu Allah SWT. Apa yang hendak disampaikan kepada sasarannya mestilah bukan bersifat 'kelentong' atau bukan berbentuk rekaan. Bagi pendakwah keberkesanannya bergantung kepada diri pendakwah itu sendiri. Banyak bekalan bagi memenuhi syarat sebagai pendakwah. Sewajarnya pendakwah tidak boleh kalah berbanding "salesman" dalam konteks membuat pendekatan kepada berbagai ragam,Cita-cita, adat resam dan tahap akal manusia.


Tiada ulasan: