Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Selasa, 12 April 2011

WANITA BERTUDUNG….KERANA TUNTUTAN AGAMA @ MENGIKUTI FESYEN???


Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib di tutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh di buka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.Sedar aka tuntutan tersebut semakin ramai muslimah dewasa ini menutup aurat mereka dengan bertudung.Tidak kiralah bertudung  labuh mahupun bertudung moden yang berfesyen,Golongan hawa yang masih kecil atau pun yang  dewasa juga kini sudah mula berjinak-jinak menutup aurat.

Perkembangan baik ini juga telah memberikan idea kepada para pereka fesyen untuk mencipta tudung yang terkini.Untuk menarik wanita membeli dan mengayakan  tudung yang di jual mereka menciptakan berbagai rekaan tudung yang berwarna warni,berlabuci,di hiasi pula dengan kerongsang yang menarik ,di simpul dan bermacam-macam lagi…boleh di katakan semuanya ada.Rekaan itu semuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakainya.

Menurut pandangan saya,pada asalnya bertudung adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini agak mengecewakan bila pada masa yang sama mereka memakai tudung tetapi mereka tidak menutup aurat sebagaimana yang di syariatkan. “saya tidak dapat nafikan sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sekarang sudah terpesong daripada yang di syariatkan atau dengan bahasa mudahnya ciri-ciri menutup aurat itu sudah semakin lama semakin hilang.Sebaliknya wanita kini bertudung kerana ingin mengikuti tuntutan fesyen.Malah kita boleh perhatikan wanita kini memakai tudung tetapi masih menampakkan telinga mereka dengan memakai subang untuk nampak lebih bergaya, bukan itu saja, tudung kini semakin pendek dan tidak menutup dada.Adakah ini cara yang betul?? Sudah tentu tidak!!” . Wanita atau muslimah kini perlulah sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan kerana tuntutan fesyen tapi untuk memenuhi tuntutan syariat.

Sepatutnya kita perlulah berfikir,setiap perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan kepada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas alasan dan berniat hanya untuk menurut tuntutan fesyen dan bukanlah di sebabkan oleh Allah,sudah pasti mereka tidak akan mendapar keberkatan dariNYA. “ JADIKANLAH PEMAKAIAN TUDUNG ITU SEBAGAI FESYEN PAKAIAN ISLAM,JANGAN JADIKAN IA SEBAGAI FESYEN ORANG PAKAI KITA PUN PAKAI.JIKA MENGENAKAN TUDUNG PASTIKAN CIRI-CIRI MENUTUP AURAT ITU ADA DAN JANGAN MENDEDAHKAN BAHAGIAN YANG TIDAK SEPATUTNYA” Fikir-fikirkan lah…dan selamat beramal..
Wassalam…

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

bagus betui isu ni...memang patut di ketengahkan...

rozila arshad berkata...

ramai yg mngikut fesyen...klu btul2 jg aurat kerana tuntutan agama,dok dlm rmh klu ada yg bukan mahram pun kena pakai,,trutama ipar duai....

Tanpa Nama berkata...

betui2...kena byk bermujahadah nk menutup aurat ni...mklum sajalah skrg ni byk sgt cabarannya.

Rozila Arsyad berkata...

allah xkan perintahkan klu xde sbb...ada hikmatnye allah perintahkan..allah lbh mngetahui apa yg manusia xtau,krn ilmu allah amat luas,sdgkn ilmu manusia sdkit & trbats.. sehelai rambut klu ditayangkn akn dibakr api neraka,mmbuatkn aku gerun nk mnayang rambutku....

Tanpa Nama berkata...

sejuknye hati mendengarnye kalau la semua wanita sekarang berfikiran seperti anda...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah,,skrg pun rmai dh wanita islam brhijrah & mlakukan pngorbanan dgn tdk mndedahkan aurat trutama artis wanita kita,alhamdulillah....tp msalhnye klu brlakon kt tv pgg watak laki bini dok dlm blik konon2 brdua, logik ke pakai tudung?hmmm...

nurlatifah said berkata...

kalau wanita di luar sana tahu macammna seksaan bagi org yang tidak menutup aurat..pasti mereka akan meminta Allah mencabutkan nyawa mereka kerana tak sanggup melihat keadaan seksaan tersebut..Allahu rabbi..betapa hebat dan azab seksaanMu...

Tanpa Nama berkata...

klu pakai tudung akan dianggap kolot,prnh trjadi pd diriku,,,dolu2,,prnh dikate x up to date..kekmpungan,mcm makcik la...mmg nk buat baik ni byk cabaran,,nafsu selalu mngajak manusia ke arh kburukan,,klu x kuat iman mmg trpengaruh,,,that why ramai penghuni neraka majoriti wanita,,,nauzubillah....

Ummi Thaqifie berkata...

Mujahadah perlu kuat dlm diri

Ummi Thaqifie berkata...

Mujahadah perlu kuat dlm diri