Seorang pesalah juvana memandang dan menegur saya. “ Saya ada anak…Anak luar nikah…Tapi saya tidak tahu di mana dia sekarang.” Semua perhatian mata rakan seangkatannya juga turut beralih kepadanya…Saya masih nenantikan kenyataannya lagi…Saya tidak mahu mengorek aib dirinya….biarkanlah dia sahaja yang meluahkan isi perasaan hatinya..Saya cuma mendengar untuk membantu…moga tuhan berikan kekuatan kepada saya…memimpin bukannya menghukum. Itu pesan yang selalu saya ingatkan di dalam diri saya …saya cuba sedaya upaya setakat yang termampu..sekurang-kurang kita ada usaha untuk menolongnya…”
“ Saya ingin menebus dosa katanya…Bagaimana caranya? Hendak mencari anak itu pun saya tidak tahu di mana katanya lagi….”Kamu yakin dia masih hidup? ” saya bertanya satu soalan kepadanya sempena musim buang bayi sekarang ini…..””’Saya tahu dia sudah lahir. Hidup lagi… Apa yang patut saya buat Katanya lagi …Mukanya menunjukkan penyesalan….Kami terus berbincang lagi…Matlamat saya hanya satu, mahu menjadikan dirinya boleh merancang apakah tindakan yang wajar di lakukan bagi memenuhi misi TAUBATNYA…..
Begitulah di antara fenomena terkini masalah yang sedang berlaku kini…Kebanyakan kita, lebih fokus menyeru kepada orang lain agar kembali kepada Allah tetapi tidak ramai yang ingin membantu individu yang merasakan diri mereka berdosa untuk merancang bagaimana memenuhi misi TAUBATNYA…Namun begitu kita ucapkan tahniah dan Alhamdulillah kepada sesiapa yang Berjaya mencari mangsanya terutamanya kepada pendakwah-pendakwah atau individu yang terlibat yang Berjaya mencari dan merubah mangsanya sehingga individu yang merasa dirinya berdosa itu berubah….TAHNIAHHH…hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa dan budi baik kalian DI AKHIRAT KELAK…INSAALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan