Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Selasa, 10 Mei 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


Asalamualaikum,
Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk 


 Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

 Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

 Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

 Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

 بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
 Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
 Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
  
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
 Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
 Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

 Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 
 سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
 Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

 Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
 وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 
 Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).

Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)
 إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
 Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)
  سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  
 "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)
 سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
 "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

 Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.
 Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 
 لصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
 
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..
 Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
 إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
 "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)
 “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
 Wallahuaklam …

Rabu, 13 April 2011

ANAK GEMAR SOLAT???

Adakah anak anda di kategorikan sebagai anak yang  suka bersolat??? Atau  sebaliknya????Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud “ PERINTAHKANLAH ANAK-ANAK KAMU MENGERJAKAN SOLAT KETIKA MEREKA BERUSIA 7 TAHUN DAN PUKULLAH MEREKA KETIKA MEREKA BERUSIA 10 TAHUN DAN PISAHKANLAH TEMPAT TIDUR MEREKA.” (Riwayat Abu Daud)
Apabila anak anda telah berusia tujuh tahun,maka ibu bapa perlu menyuruhnya bersolat.Semestinya sebelum  menyuruh, ibu bapa perlu terlebih dahulu member tunjuk ajar dan  memberi  input tentang solat dan menunjukkan kaifiat solat kepada anak-anak. Dengan ini barulah anak-anak tahu cara melakukannya. Di sini ada beberapa panduan untuk mula-mula mengajar anak melakukan solat 
1.      Ajarkan anak kalimah Tauhid sebelum mengajarnya solat.
2.      Ajarkan juga tentang rukun Islam,Iman dan Ihsan.
3.      Memberikan penerangan yang memberangsangkan tentang solat seperti kenapa kita disuruh solat?
Sejarah di syariatkan solat?
Cara solat?
Kesan baik kalau melakukan solat?
Azab dan Siksaan kepada orang yang tidak melakukan solat.
4.      .Bila boleh mula ajar anak solat??Jawapannya ialah apabila anak sudah mula meniru tingkah laku ibu bapanya.
5.      Latih anak mengikut setiap gerakan dalam solat terlebih dahulu walau tampa bacaan dalam solat.
6.      Ajar bacaan dalam  solat bermula daripada bacaan yang pendek dan yang senang
7.      Anak-anak boleh mula di suruh solat seawal 7 tahun iaitu sebelum mereka  mereka menyambut hari lahir yang ke -7 bukan apabila berumur 7 tahun.
8.      Ajar anak cara berwuduk terlebih dahulu.
9.      Lakukan solat bersama anak-anak.Jangan hanya sekadar menyuruh dan memerhatikan dari jauh,sebaliknya ambillah wuduk dan solat lah bersama mereka.
10.  Hapuskan segala gangguan ketika anak sedang solat seperti tutup tv dan jauhkan mainannya.
11.  Sekali sekala ,bawa anak solat di masjid
12.  Berikannya ganjaran kalau mereka melakukan solat.Tidak semestinya dengan material dan boleh juga mengingatkannya  tentang siksaan kalau meninggalkan solat
13.  Ibu bapa juga perlu solat lima waktu sehari semalam tampa ada yang tertinggal.
14.  Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita di berikan  hidayah dan di jadikan Allah insan yang ringan tulang untuk melakukan solat.

Secara kesimpulannya,adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa mengajar anak-anak bersolat dan ini bukanlah perkara yang mudah dan remeh.Ingin melahirkan anak-anak sebagai ahli ibadah dalam sesebuah keluarga memerlukan kepada  ketabahan,kesabaran dan mujahadah yang tinggi.

Selasa, 12 April 2011

WANITA BERTUDUNG….KERANA TUNTUTAN AGAMA @ MENGIKUTI FESYEN???


Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib di tutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh di buka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.Sedar aka tuntutan tersebut semakin ramai muslimah dewasa ini menutup aurat mereka dengan bertudung.Tidak kiralah bertudung  labuh mahupun bertudung moden yang berfesyen,Golongan hawa yang masih kecil atau pun yang  dewasa juga kini sudah mula berjinak-jinak menutup aurat.

Perkembangan baik ini juga telah memberikan idea kepada para pereka fesyen untuk mencipta tudung yang terkini.Untuk menarik wanita membeli dan mengayakan  tudung yang di jual mereka menciptakan berbagai rekaan tudung yang berwarna warni,berlabuci,di hiasi pula dengan kerongsang yang menarik ,di simpul dan bermacam-macam lagi…boleh di katakan semuanya ada.Rekaan itu semuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakainya.

Menurut pandangan saya,pada asalnya bertudung adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini agak mengecewakan bila pada masa yang sama mereka memakai tudung tetapi mereka tidak menutup aurat sebagaimana yang di syariatkan. “saya tidak dapat nafikan sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sekarang sudah terpesong daripada yang di syariatkan atau dengan bahasa mudahnya ciri-ciri menutup aurat itu sudah semakin lama semakin hilang.Sebaliknya wanita kini bertudung kerana ingin mengikuti tuntutan fesyen.Malah kita boleh perhatikan wanita kini memakai tudung tetapi masih menampakkan telinga mereka dengan memakai subang untuk nampak lebih bergaya, bukan itu saja, tudung kini semakin pendek dan tidak menutup dada.Adakah ini cara yang betul?? Sudah tentu tidak!!” . Wanita atau muslimah kini perlulah sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan kerana tuntutan fesyen tapi untuk memenuhi tuntutan syariat.

Sepatutnya kita perlulah berfikir,setiap perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan kepada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas alasan dan berniat hanya untuk menurut tuntutan fesyen dan bukanlah di sebabkan oleh Allah,sudah pasti mereka tidak akan mendapar keberkatan dariNYA. “ JADIKANLAH PEMAKAIAN TUDUNG ITU SEBAGAI FESYEN PAKAIAN ISLAM,JANGAN JADIKAN IA SEBAGAI FESYEN ORANG PAKAI KITA PUN PAKAI.JIKA MENGENAKAN TUDUNG PASTIKAN CIRI-CIRI MENUTUP AURAT ITU ADA DAN JANGAN MENDEDAHKAN BAHAGIAN YANG TIDAK SEPATUTNYA” Fikir-fikirkan lah…dan selamat beramal..
Wassalam…

Khamis, 7 April 2011

Memandu Ke Jalan Taubat


Seorang pesalah juvana memandang dan menegur saya. “  Saya ada anak…Anak luar nikah…Tapi saya tidak tahu di mana dia sekarang.”  Semua perhatian  mata rakan seangkatannya juga turut beralih kepadanya…Saya masih nenantikan kenyataannya lagi…Saya tidak mahu mengorek aib dirinya….biarkanlah dia sahaja yang meluahkan isi perasaan hatinya..Saya cuma mendengar untuk membantu…moga tuhan berikan kekuatan kepada saya…memimpin bukannya  menghukum. Itu pesan  yang selalu saya ingatkan di dalam diri saya …saya cuba sedaya upaya setakat yang termampu..sekurang-kurang kita ada usaha untuk menolongnya…”

“ Saya ingin menebus dosa katanya…Bagaimana caranya? Hendak mencari anak itu pun saya tidak tahu di mana katanya lagi….”Kamu yakin dia masih hidup? ” saya bertanya satu soalan kepadanya sempena musim  buang bayi sekarang ini…..””’Saya tahu dia sudah lahir. Hidup lagi… Apa yang patut saya buat Katanya lagi …Mukanya menunjukkan penyesalan….Kami terus berbincang lagi…Matlamat saya hanya satu, mahu menjadikan dirinya boleh merancang apakah tindakan yang wajar di lakukan bagi memenuhi misi TAUBATNYA…..

Begitulah di antara fenomena terkini masalah  yang sedang berlaku kini…Kebanyakan kita, lebih fokus menyeru kepada orang lain agar kembali kepada Allah tetapi tidak ramai yang ingin membantu individu yang merasakan diri mereka berdosa untuk merancang bagaimana memenuhi misi TAUBATNYA…Namun begitu kita ucapkan tahniah dan Alhamdulillah kepada sesiapa yang Berjaya mencari mangsanya terutamanya kepada pendakwah-pendakwah atau individu yang terlibat yang Berjaya mencari dan merubah mangsanya  sehingga individu yang merasa dirinya berdosa itu berubah….TAHNIAHHH…hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa dan budi baik kalian DI AKHIRAT KELAK…INSAALLAH.

YANG TERTUTUP ITU INDAH

Ketika orang bertanya kepada ku “ mengapa kakak pakai tudung labuh?” soalan ini sudah banyak kali diajukan oleh remaja kepadaku..anak  saudaraku yang sedang meniti remaja kini turut bertanya…Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakakku bertudung labuh. Kufahami, remaja-remaja kini sedang mencari cari identiti diri. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya banyak menghiasi wanita-wanita yang berakhlak mulia yang ku kenali..Kakak-kakakku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh hingga aku mendisplinkan diriku juga untuk  menjadi seperti mereka…walaupun aku turut mengenali kawan-kawanku yang bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih ingin menemui keindahan jiwanya , untuk menjadi yang lebih baik. Hari ini , aku memilih busana ini untuk ku pakai kerana ku yakini ianya lebih istimewa pada pandanganNya.

Ketika ku bertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang ku terima “YANG TERTUTUP ITU INDAH” jawapan yang membawaku  mengkaji surah al ahzab ayat 59 yang bermaksud “ wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu , anak-anakmu  perempuanmu , dan isteri-isteri orang mukmin , hendaklah  melabuhkan jilbab mereka keseluruh badan mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah di kenali sebagai wanita yang baik agar mereka tidak di ganggu.

Apabila di fikir dan direnungkan balik firman Allah s.w.t itu, banyaknya hikmah dan faedah  yang tersirat dan tersurat di sebalik suruhannya itu…sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampul seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita yang hanya di pinjamkan oleh Allah sementara sahaja di dunia ini takkan ia tiada sampulnya? Ku lihat jua kulit bukuku yang bersampul indah lebih terjaga berbanding dengan kulit bukuku yang tidak bersampul…Ku perhatikan jua langsir yang cantik menghiasi pintu dan tingkap….Ku perhatikan kain yang mengalas meja dan perabot…..BENAR! YANG TERTUTUP ITU INDAH SEBENARNYA….Begitu juga cara Allah menghargai  keindahan kaum wanita dengan menggariskan perbatasan aurat….Agar keindahan itu hanya di nikmati oleh insan yang berhak sahaja…Bukannya di nikmati  oleh pandangan-pandangan yang tidak berhak ke atasnya…Wahai semua wanita…moga kita bersama-sama menjaga anugerah yang di kurniakan oleh Allah kepada kita dengan sebaik- baiknya…

MIMBAR JUMAAT TIDAK MAMPU MENDIDIK UMAT?

Ohhhh…..mengantuknye  khutbah  hari ni…..bila nak  habis ni…inilah antara keluhan-keluhan yang akan kita dengar bagi kaum lelaki pada hari jumaat,sekurang-kurangnya seminggu sekali apabila mereka ke masjid menunaikan solat dan mendengar khutbah di masjid. Walaupun sesetengahnye tidak lama,Cuma 15 minit mungkin kalau lebih lama daripada itu mereka  tidak dapat mendengarnya dengan lebih khusyuk. Alasannya hanya satu , waktu tengah hari yang panas itu lebih mendorong  mereka kepada rasa hendak mengantuk dan tidur. Wajarkah kita salahkan waktu? Tentu tidak wajar  kerana ketentuan waktu solat itu telah ditentukan oleh Allah kalau kita mengingkarinya bermakna kita telah melanggar ketentuan Allah….. apabila di fikirkan balik, pasti ada hikmahnya mengapa  di fardukan khutbah pada waktu zuhur? Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi…

            Saban minggu khutbah jumaat di perdengarkan, apakah khatib sedar bahawa mereka bukan sekadar membaca khutbah , tetapi sebenarnya mereka di beri amanat dan nasihat kepada ahli jemaah mengenai Islam? Sebenarnya pada waktu itu para khatib mempunyai kuasa mutla untuk mencorakkan jemaah di hadapannya berlandaskan al –Quran dan hadis. Khatib boleh menengur sikap jemaah, membetulkan apa yang tidak betul pada jemaah namun semuanya perlulah dengan  cara berhikmah…

            Malangnya sekarang ini, ianya tidak berlaku di mana-mana masjid di  Negara kita . pernahkah  khatib menengur jemaah yang tidur? Pernahkah khatib menengur anak-anak yang bising ketika khutbah? Jadi marilah kita sama-sama berfikir sejenak.Rasullallah s.a.w sewaktu berkhutbah, masuk seorang lelaki lalu dia duduk di dalam masjid. Melihat keadaan  itu baginda berkata kepadanya, “ solat dua rakaat dan jangan kamu mengulangi seperti ini ” Maka dia pun terus melakukan solat dua rakaat dan kemudiannya dia terus duduk di sisi nabi. Kemudian Baginda meneruskan  khutbahnya.

            Para khatib bukan sekadar berkhutbah,tetapi perlu juga peka kepada dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Ketika berkhutbah dia perlu jugamencuri pandang ke arah  jemaah . Dengan ini dapat juga khatib menegur kesalahan jemaah yang sering berlaku, boleh di tegur secara langsung sekali gus boleh mendidik kepada jemaah yang lain juga.

            Tapi secara jelasnya fenomena pada hari ini, berapa ramai jemaah yang masuk kemasjid tampa solat sunat tahiyat masjid? Berapa ramai pula jemaah yang berada di luar masjid bersembang-sembang hal keduniaan di luar masjid ketika khutbah sedang di bacakan? Berapa ramai jemaah yang terlena di buai mimpi ketika khutbah sedang di perdengarkan? Sikap-sikap mereka inilah yang sepatutnya di tegur  dan di perbetulkan oleh khatib pada asa sekarang..jadi marilah kit a bersama-sama  bermuuhasabah diri adakah kita tergolong daripada golongan di atas….jadi belum terlambat lagi untuk kita melakukan perubahan…..

والله اعلم بالصواب...!ء…

Dakwah yang berkesan



Seorang "salesman" perlukan penampilan diri yang meyakinkan pelanggan. Wajahnya mesti sentiasa ceria, berpakaian kemas dan percakapannya mesti sentiasa bernada positif, menarik dan memberangsangkan. Dalam menggambarkan produk yang hendak ditawarkan kepada pelanggan, tidak cukup sekadar menyebut
keistimewaannya secara umum sahaja. Misalnya, tidak cukup sekadar menyebut kereta ini baik, bagus, selesa dan tahan lasak. Dia perlu menyebutnya secara yang lebih spesifik.
Umpamanya kereta ini baik dan sesuai untuk mereka yang suka berlumba di jalanraya. Atau kereta ini selesa untuk orang yang gemuk dan kuat tidur. Atau kereta jenis ini tahan lasak dan kalau jatuh gaung pun penumpangnya boleh selamat. Atau kalau pengguna itu agak masih remaja maka dikatakan kereta ini sangat sesuai untuk berlagak dan mengorat. Penjelasan dari jurujual ini meresap ke dalam diri sehingga pelanggan
merasakan seolah-olah produk yang ditawarkan itu dia punya dan dirasai paling sesuai dengan dirinya. Dan sememangnya "salesman" membuat "approach" sesuai dengan status, kedudukan, keinginan dan citarasa pelanggan.Lain orang berbeza pula citarasanya.
Di sinilah pula kelebihannya bagi seorang "salesman" yang mampu mengenal perbezaan citarasa setiap pelanggan yang berlainan. Riak dan mimik muka pelanggan sentiasa diperhatikan perkembangannya dari detik ke detik. Kerana mimik muka pelanggan itumerupakan sebagai isyarat tahap peratusan penerimaannya. Sekiranya masih belum menunjukkan sebarang "response" terpaksalah disuntik dengan berbagai "ubat" perangsang keinginan.

Bagi seorang pendakwah perwatakan di atas memang perlu dimiliki. Malah lebih dari itu kerana seorang pendakwah produknya adalah wahyu Allah SWT. Apa yang hendak disampaikan kepada sasarannya mestilah bukan bersifat 'kelentong' atau bukan berbentuk rekaan. Bagi pendakwah keberkesanannya bergantung kepada diri pendakwah itu sendiri. Banyak bekalan bagi memenuhi syarat sebagai pendakwah. Sewajarnya pendakwah tidak boleh kalah berbanding "salesman" dalam konteks membuat pendekatan kepada berbagai ragam,Cita-cita, adat resam dan tahap akal manusia.