Adakah anak anda di kategorikan sebagai anak yang suka bersolat??? Atau sebaliknya????Rasullallah s.a.w bersabda yang bermaksud “ PERINTAHKANLAH ANAK-ANAK KAMU MENGERJAKAN SOLAT KETIKA MEREKA BERUSIA 7 TAHUN DAN PUKULLAH MEREKA KETIKA MEREKA BERUSIA 10 TAHUN DAN PISAHKANLAH TEMPAT TIDUR MEREKA.” (Riwayat Abu Daud)
Apabila anak anda telah berusia tujuh tahun,maka ibu bapa perlu menyuruhnya bersolat.Semestinya sebelum menyuruh, ibu bapa perlu terlebih dahulu member tunjuk ajar dan memberi input tentang solat dan menunjukkan kaifiat solat kepada anak-anak. Dengan ini barulah anak-anak tahu cara melakukannya. Di sini ada beberapa panduan untuk mula-mula mengajar anak melakukan solat
1. Ajarkan anak kalimah Tauhid sebelum mengajarnya solat.
2. Ajarkan juga tentang rukun Islam,Iman dan Ihsan.
3. Memberikan penerangan yang memberangsangkan tentang solat seperti kenapa kita disuruh solat?
Sejarah di syariatkan solat?
Cara solat?
Kesan baik kalau melakukan solat?
Azab dan Siksaan kepada orang yang tidak melakukan solat.
4. .Bila boleh mula ajar anak solat??Jawapannya ialah apabila anak sudah mula meniru tingkah laku ibu bapanya.
5. Latih anak mengikut setiap gerakan dalam solat terlebih dahulu walau tampa bacaan dalam solat.
6. Ajar bacaan dalam solat bermula daripada bacaan yang pendek dan yang senang
7. Anak-anak boleh mula di suruh solat seawal 7 tahun iaitu sebelum mereka mereka menyambut hari lahir yang ke -7 bukan apabila berumur 7 tahun.
8. Ajar anak cara berwuduk terlebih dahulu.
9. Lakukan solat bersama anak-anak.Jangan hanya sekadar menyuruh dan memerhatikan dari jauh,sebaliknya ambillah wuduk dan solat lah bersama mereka.
10. Hapuskan segala gangguan ketika anak sedang solat seperti tutup tv dan jauhkan mainannya.
11. Sekali sekala ,bawa anak solat di masjid
12. Berikannya ganjaran kalau mereka melakukan solat.Tidak semestinya dengan material dan boleh juga mengingatkannya tentang siksaan kalau meninggalkan solat
13. Ibu bapa juga perlu solat lima waktu sehari semalam tampa ada yang tertinggal.
14. Sentiasalah berdoa agar anak-anak kita di berikan hidayah dan di jadikan Allah insan yang ringan tulang untuk melakukan solat.
Secara kesimpulannya,adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa mengajar anak-anak bersolat dan ini bukanlah perkara yang mudah dan remeh.Ingin melahirkan anak-anak sebagai ahli ibadah dalam sesebuah keluarga memerlukan kepada ketabahan,kesabaran dan mujahadah yang tinggi.