Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Rabu, 30 Mac 2011

Salam ukhuwwah buat semua....

السلام عليكم ورحمة الله...ء


Meniti jalan menuju ke syurga
Seiring curahan kasihnya
Hanya sedikit catatan tinta
Demi sebuah pahala
Yang ku pohon dariNYA.....

Ku mulakan bicara 'blog' alam maya ku ini dengan sepotong hadis:      بلغوا عني ولو آية... ء .... 
Mudah-mudahan blog ku ini menjadi salah satu medium dakwah yang berguna dan berkesan buat sesiapa yang jua yang membacanya....


Apabila seseorang insan menjadi Hamba Allah, bermakna ia telah menjadi seorang mujahid di jalan dakwah. Hidup dan matinya hanya kerana Allah, tidak ada apapun yang membelenggu dirinya lagi, biarpun harta, pangkat dan kenikmatan dunia. Jiwanya ibarat helang terbang tinggi gah di angkasa.